Seseorang yang membaca Al-Quran
seolah-olah ia berada di sisi Allah SWT dan bermunajat kepada-Nya maka
hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi Tuhan Yang
Maha Agung lagi Maha Mulia. Ulama-ulama muktabar telah menggariskan
beberapa adab sebagai panduan seperti berikut:
1. Hendaklah sentiasa suci pada lahir dan
batin karena membaca Al-Quran adalah dzikir yang paling afdal (utama)
dari segala zikir yang lain.
2. Hendaklah membaca di tempat yang suci
dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agung dan ketinggian
Al-Quranul Karim. Para Ulama berpendapat, membaca Al-Quran di
Masjid yaitu tempat yang bersih dan mulia, disamping dapat menambah
kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.
4. Hendaklah bersugi dan membersihkan
mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran.
5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan
bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan
bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah SWT. Walaupun kita
tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.
6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.
7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.
8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang
dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah
atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.
9. Setiap kali memulaikan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah.
10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah.
11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.
12. Hendaklah membaca dengan Tartil
(memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat
kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang
mendalam di dalam jiwa.
13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT.
14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf
sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandung
sepuluh kebajikan.
15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut
tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan
kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah
diharuskan.
16. Hendaklah berhenti mambaca apabila
terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca
Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang
munajat itu karena perbuatan menguap adalah dari syaitan.
17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba
atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di
lantai atau di tempat yang rendah.
18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca "Sadaqallahul’azim".
20. Disunhahkan berpuasa di hari khatam
Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat
bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar